Thursday, 20 September 2012

♥♡ ♥♡ Meniti hari-hari terakhir bersama ♥♡ ♥♡

✿~ seTENANG mana pun sesebuah SUNGAI itu, satu hari pasti akan melalui bahagian DERAS, berBATU, CERUN dan sebagainya.. airnya juga akan TERUS mengalir ke DEPAN tanpa berPATAH balik ke BELAKANG..✿~
                           Begitu jugalah dengan perjalanan hidup kIta.. walau sudah bertahun lamanya kita menyusuri jalan yang sama .. terkadang pasti ada onak dan duri yang kita temui.. namun kaki-kaki kita akan terus melangkah demi langkah tanpa berpatah semula.. langkah yang kita diatur dengan tujuan mengapai cita-cita.. 
kini perjalanan kita sudah hampir ke penghujungnya.. cita-cita yang kita kejar selama ini, semakin hampir kita temui.. hanya menunggu saatnya untuk kita kecepi...
              Begitu banyak kenangan yang tercipta.. antara KAU,AKU & KITA.. mungkin tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata betapa aku  menghargai ukhuwah yang terbina antara kita.. biar semua mimpi yang pernah kita lakarkan bersama menjadi memori terindah dalam kamus kehidupan kita.. mungkin halauan kita akan berubah dan terpisah.. namun aku harapkan persahabatan antara KAU,AKU & KITA akan tetap bersama hingga hujung nyawa ini.. 

TEMAN....
        Ku titipkan DOA untukmu, walaupun jauh berpisah..biarlah doa menjadi penghubung ikatan yang TERBAIK buat kita.. ♥♥





                                                             ♥♡ ♥♡ AKU, KAU & KITA ♥♡ ♥♡




♥♡ ♥♡ AKU , KAU & KITA ♥♡ ♥♡


                                      ♥♡ ♥♡  AKU, KAU & KITA @ PISMP PEND.KHAS 2 JAN 09♥♡ ♥♡

Saturday, 11 August 2012

SISTEM KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM)

" SKPM adalah Salah satu adaptasi inovasi yang merupakan suatu pembangunan dalam sistem pendidikan negara yang telah berjaya dibangunkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada tahun 2003. SKPM telah pun diperakui dan diiktiraf sebagai Piawai Pendidikan Kebangsaan (Sekolah)."





TUJUAN SISTEM KUALITI PENDIDIKAN NEGARA

DOKUMEN SKPM

  • SKPM yang dibangunkan oleh JNJK adalah berupa suatu usaha penambahbaikan untuk memastikan kualiti sekolah sentiasa berada pada tahap kecemerlangan dalam memainkan peranan untuk menjadikan hasrat kerajaan suatu realiti.



ADAPTASI PELBAGAI PERKEMBANGAN INOVASI & PERUBAHAN PENDIDIKAN

Adaptasi tersebut mencakupi perkara-perkara berikut ;

  1. Latihan perguruan

  • Modal insan guru bergantung kuat pada sistem latihan yang menawarkan latihan perguruan kepada guru-guru. Antara perubahan dalam latihan perguruan -;
  • Naik taraf Maktab Perguruan ke Institut Pendidikan Guru
  • Kurikulum Latihan Perguruan ;
a) Pendidikan awal kanak-kanak
                                                       b) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
                                                       c) Literasi dan Numerasi
                                                       d) Kemahiran Insaniah
                                                       e) Pendekatan terkini dalam pengajaran dan pembelajaran

2. Program Pensiswazahan Guru

  • KPM mengambil langkah yang bijak apabila mensiswazahkan guru-guru bukan siswazah sama ada yang berada di sekolah menengah mahupun rendah.
  • Selaras dengan aspirasi KPM yang menyasarkan 100% guru sekolah menengah dan 50% guru sekolah rendah memiliki ijazah menjelang 2010.
  • Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)
  • Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)
  • Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB)
3. Kurikulum Transformasi

  • Kurikulum kebangsaan yang dikaji semula demi memastikan kurikulum yang holistik dan tidak terlalu akademik sehingga membebankan murid.
  • Transformasi kurikulum dimulakan dengan melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pada tahun 2010 dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011
4. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

  • Sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. 
  • Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang cemerlang yang mampu melahirkan modal insan cemerlang berpesonaliti unggul.
  • Contoh Sekolah Berprestasi Tinggi di sekitar Kuala Lumpur.


                                                                                             

STRATEGI PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN




STRATEGI PERUBAHAN


PEMBINAAN NEGARA BANGSA


                                                       PENGURUSAN PENDIDIKAN

" Pendidikan ialah asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah negara. kecemerlangan negara sangat bergantung kuat kepada pendidikannya yang mampu melahirkan pemikir. Pemikir-pemikir itulah yang akan mengeluarkan pelbagai idea yang membawa  perubahan dalam corak kehidupan manusia."
Pendidikan  berjaya menjadi alat dalam membina kemajuan sesebuah negara melalui aspek pendidikan seperti  yang berikut;
  1. KEPIMPINAN

  • Pemimpin memimpin - menggunakan pendekatan perkongsian idea yang meneliti setiap keputusan yang dikemukan oleh ahli.
  • Visi yang jelas dalam pengurusan perubahan -seseorang pemimpin perlu jelas dengan visi dalam pengurusan perubahannya. sebagai agen perubahan, seorang ketua perlu membina gambaran yang jelas tentang apa jua yang hendak dicapi pada akhirnya.
  • Menubuhkan jawatankuasa pelaksana - pemilihan ahli hendaklah mengambil kira pengalaman, keupayaan dan kebolehan serta kesungguhan setiap ahli. 
  • Menumpukan perhatian khusus pada setiap perubahan yang dibuat - sentiasa mengikuti perkembangan dan tindakan-tindakan yang dilaksana oleh pasukan bertindak.
  • Mengutamakan elemen kemanusiaan - manusia mempunyai karenah yang pelbagai dan keperluan manusia juga saling berbeza. pemimpin yang menjadi egen penggerak perubahan, sikap memahami dan toleransi sangat perlu bagi memastikan setiap perubahan diterima dengan senang hati oleh orang yang dipimpin.
2. PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG KONDUKSIF

"Ruang pembelajaran yang konduksif ialah ruang di mana murid mempunyai peluang untuk menyatakan pandangan dan pendapat, memilih aktiviti yang lebih sesuai dengan minat mereka serta ruang yang membenarkan murid mencuba dan meraih pengalaman"

Antara elemen penting dalam perubahan pengurusan bilik darjah adalah seperti berikut: 
  • Pendekatan berpusatkan murid
  • Kemudahan pengajaran dan pembelajaran
3. LANDSKAP MAKLUMAT

" Perkembangan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)  menjadi satu hambatan kepada pihak sekolah mengemaskinikan sistem maklumat dan komuniksi pada peringkat sekolah dalam memastikan warga sekolah sama ada guru atau pun murid memperoleh maklumat terkini."

Beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam memastikan landskap maklumat yang sempurna,antaranya seperti berikut;
  • Pusat sumber
  • Peranan guru

 TRANSFORMASI DALAM KURIKULUM


  • Perubahan terhadap kurikulum adalah suatu bentuk perubahan yang perlu dilakukan memandangkan asas perubahan yang hendak dibawa bermula di sekolah. Transformasi dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih relaven  dan terkini, antaranya berpusatkan murid diberikan perhatian utama. Transformasi kurikulum dilakukan demi menjamin kesesuaian kurikulum bagi menghadapi cabaran dan perubahan semasa.


SEKOLAH BESTARI
  • Sekolah bestari bermaksud pendemokrasian pendidikan  yang membuka peluang belajar kepada semua murid tanpa mengira status dan aras pencapaian dalam mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai dengan gaya pembelajaran murid.
  • Pemikiran kepada pembinaan Sekolah Bestari  telah dikemukan oleh  Tan Sri Dato' Dr. Wan Zahid Wan Mohamed, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia waktu itu. 
  • Sekolah Bestari Malaysia telah direka semula secara sistematik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan bagi membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.
  • Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian direka oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum bersama Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Guru-guru di sekolah yang dipilih menjadi Sekolah Bestari akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini.

CIRI-CIRI SEKOLAH BESTARI


BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)


" Gagasan yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. NKRA ialah tindakan lanjutan bagi Petunjuk Prestasi Utama/ Key Performance Indicator (KPI) yang menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Terdapat enam NKRA  yang dipertanggungjawabkan kepada kementerian -kementerian yang terbabit. NKRA yang ketiga, ialah Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan yang merupakan NKRA bagi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Empat sub-NKRA adalah seperti berikut;








BAB 6 PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

                             
      " GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"


                                                                                 PENGENALAN: 

Pendidikan adalah satu sistem dinamik yang akan melalui perubahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan aspirasi sesebuah negara.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita telah sedia maklum bahawa perubahanperubahan yang berlaku memerlukan komitmen daripada semua pihak. Kegagalan sesuatu perubahan yang cuba dilaksanakan akan merugikan sama ada dari segi kewangan, sumber manusia dan masa. Sehubungan dengan itu, pelbagai strategi perlu disusun dan diatur dalam melaksanakan perubahan.



                            PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN








 KEPENTINGAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN