Saturday 11 August 2012

STRATEGI PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN




STRATEGI PERUBAHAN


PEMBINAAN NEGARA BANGSA


                                                       PENGURUSAN PENDIDIKAN

" Pendidikan ialah asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah negara. kecemerlangan negara sangat bergantung kuat kepada pendidikannya yang mampu melahirkan pemikir. Pemikir-pemikir itulah yang akan mengeluarkan pelbagai idea yang membawa  perubahan dalam corak kehidupan manusia."
Pendidikan  berjaya menjadi alat dalam membina kemajuan sesebuah negara melalui aspek pendidikan seperti  yang berikut;
  1. KEPIMPINAN

  • Pemimpin memimpin - menggunakan pendekatan perkongsian idea yang meneliti setiap keputusan yang dikemukan oleh ahli.
  • Visi yang jelas dalam pengurusan perubahan -seseorang pemimpin perlu jelas dengan visi dalam pengurusan perubahannya. sebagai agen perubahan, seorang ketua perlu membina gambaran yang jelas tentang apa jua yang hendak dicapi pada akhirnya.
  • Menubuhkan jawatankuasa pelaksana - pemilihan ahli hendaklah mengambil kira pengalaman, keupayaan dan kebolehan serta kesungguhan setiap ahli. 
  • Menumpukan perhatian khusus pada setiap perubahan yang dibuat - sentiasa mengikuti perkembangan dan tindakan-tindakan yang dilaksana oleh pasukan bertindak.
  • Mengutamakan elemen kemanusiaan - manusia mempunyai karenah yang pelbagai dan keperluan manusia juga saling berbeza. pemimpin yang menjadi egen penggerak perubahan, sikap memahami dan toleransi sangat perlu bagi memastikan setiap perubahan diterima dengan senang hati oleh orang yang dipimpin.
2. PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG KONDUKSIF

"Ruang pembelajaran yang konduksif ialah ruang di mana murid mempunyai peluang untuk menyatakan pandangan dan pendapat, memilih aktiviti yang lebih sesuai dengan minat mereka serta ruang yang membenarkan murid mencuba dan meraih pengalaman"

Antara elemen penting dalam perubahan pengurusan bilik darjah adalah seperti berikut: 
  • Pendekatan berpusatkan murid
  • Kemudahan pengajaran dan pembelajaran
3. LANDSKAP MAKLUMAT

" Perkembangan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)  menjadi satu hambatan kepada pihak sekolah mengemaskinikan sistem maklumat dan komuniksi pada peringkat sekolah dalam memastikan warga sekolah sama ada guru atau pun murid memperoleh maklumat terkini."

Beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam memastikan landskap maklumat yang sempurna,antaranya seperti berikut;
  • Pusat sumber
  • Peranan guru

 TRANSFORMASI DALAM KURIKULUM


  • Perubahan terhadap kurikulum adalah suatu bentuk perubahan yang perlu dilakukan memandangkan asas perubahan yang hendak dibawa bermula di sekolah. Transformasi dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih relaven  dan terkini, antaranya berpusatkan murid diberikan perhatian utama. Transformasi kurikulum dilakukan demi menjamin kesesuaian kurikulum bagi menghadapi cabaran dan perubahan semasa.


SEKOLAH BESTARI
  • Sekolah bestari bermaksud pendemokrasian pendidikan  yang membuka peluang belajar kepada semua murid tanpa mengira status dan aras pencapaian dalam mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai dengan gaya pembelajaran murid.
  • Pemikiran kepada pembinaan Sekolah Bestari  telah dikemukan oleh  Tan Sri Dato' Dr. Wan Zahid Wan Mohamed, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia waktu itu. 
  • Sekolah Bestari Malaysia telah direka semula secara sistematik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan bagi membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.
  • Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian direka oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum bersama Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Guru-guru di sekolah yang dipilih menjadi Sekolah Bestari akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini.

CIRI-CIRI SEKOLAH BESTARI


BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)


" Gagasan yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. NKRA ialah tindakan lanjutan bagi Petunjuk Prestasi Utama/ Key Performance Indicator (KPI) yang menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Terdapat enam NKRA  yang dipertanggungjawabkan kepada kementerian -kementerian yang terbabit. NKRA yang ketiga, ialah Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan yang merupakan NKRA bagi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Empat sub-NKRA adalah seperti berikut;








1 comment: